MATLAMAT / OBJEKTIF :
Menegakkan dan mengukuhkan prinsip –prinsip sukarela dan demokrasi di dalam pergerakan belia.
Mewujudkan dan menggalakkan minat kesuburan rohani, jasmani , pelajaran belia di dalam negeri menurut kegiatan persatuan.
Mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan belia melalui aktiviti –aktiviti bersama.
Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai teknik serta kegiatan persatuan belia.
Dengan cara berunding, membantu menubuhkan persatuan – persatuan atau penubuhan – penubuhan belia baru, untuk kemajuan belia.
Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada Kerajaan, badan – badan berkanun dan badan –badan lain mengenai perkara –perkara kebajikan belia, sesuai dengan prinsip – prinsip keadilan dan kebenaran.
Menjalankan segala rupa ikhtiar bagi kemajuan Majlis dan untuk menuju kearah ini akan merancang beberapa program jangka pendek dan jangka panjang kea rah pencapaian matlamat tersebut.
Semua wang dan keuntungan yang di dapati oleh Majlis hasil dari penyertaannya dalam mana –mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata –mata untuk melanjutnya, memajukan dan menjalankan matlamat –matlamat majlis dan tidak sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli majlis.